Saturday, January 01, 2011
..:: 2011::..
Happy New Year! *Err.. Awal MUharam tak sure aku post ke tak ek? Semoga tahun yang baru merupakan tahun yang lebih bermakna buat diriku dan keluarga.Seperti biasa lah, kalau tahun baru, pasti ada azam tahun baru. Bila di jejak kembali azam tahun 2010, aku hanya ada satu je azam iaitu untuk berjaya dalam pelajaran. *kenapa aku rasa bahasa aku skema? Sila abaikan persoalan saya. Ok, alhamdulillah, untuk tahun 2010, result saya sangat seperti yang diangan-angankan. Syukur sangat. Harap-harap ianya berterusan hingga ke semester yang terakhir ie Jan- Apr 2011. Huhu.
So, azam tahun ini?
Insya Allah, saya bakal menjadi pendidik di pertengahn tahun 2011. Pendidik dan pelajar dalam tahun yang sama. Harapan tahun ini agar segalanya dipermudahkan.
Kerjaya insya allah bakal ada. Namun, satu persoalan yang sentiasa bermain di benak fikiran semua termasuk keluarga dan rakan-rakan untukku adalah tentang jodohku. Hmm..bila agaknya nak merasa nasi minyak kenduri kahwin aku ek? Pernah ada satu ketika, ianya seperti bakal berlaku, namun terkubur sehingga ke hari ini. Untuk itu, saya mangga mulut saya dan campak kunci kat Sungai Muar. He he.
Malam detik 1 Januari 2011, mulanya rasa malas betul nak keluar tapi saya, housemate n tunang hsemet gagahkan diri menapak ke I-City yang jauhnya hanya belakang rumah saya. Berpeluh la jugak. Bersama-sama menyaksikan bunga api. *walaupun dari rumah pun leh nampak, langit Allah kan luas terbentang tp dek kerna mahukan suasana berlainan, sanggup mendaki ke ICity dengan berbekalkan kertas suratkhabar untuk buat alas duduk. Sibbaik belakang umah je. Kalau tak.... tak koser aku nak redah jem di mana-mana pelusok Lembah Klang nih.
Sekali lagi, selamat tahun baru semua! Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya! Buat adik saudaraku yang baru sahaja menjalani pembedahan hati di Hospital Selayang semalam, semoga kuat dan cepat sembuh. Amin. If my dad can survive.. you can also my dear Aqmal.
2 Comments:
hepi new year Dod!!
Happy new year to you too syuk!
Post a Comment
<< Home